Wednesday, 6 June 2012

DigiLifve Sekolahku Berbakat :)

Hallo ! Hi :) and Assalamualaikum !

Okey nak cerite sikit pasal Contest DigiLive Sekolahku Berbakat 2012 !
Actually  CONTEST tuh dah start dari 5 MAC tapi besok baru ujibakat kat JB , Hotel The Zone .
Rasa macam jb ny akhir kot ujibakat nye ! haha
btw budak sekolah fasha pon ade yang join contest ny ! 






soooo, this is the tentative/cara penyertaan : 

  1. Setiap kumpulan boleh menyertai pertandingan ini di bawah mana-mana kategori seperti berikut:
    1. Vokal Glamer (Solo/Duet/Berkumpulan)
    2. Band Glamer (Dengan vokal/Tanpa vokal)
    3. Tari Glamer (Moden/ Kontemporari /Tradisional)
    4. Lawak Glamer (Solo/ Duet/Berkumpulan)
2. Pertandingan ini akan berlangsung dari 5 Mac 2012 sehingga 30 Jun 2012 dan sebarang perubahan tarikh (jika ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Penghantaran borang penyertaan dan pengundian online akan bermula daripada 5 Mac hingga 22 Jun 2012

  1. Pertandingan ini terdiri daripada beberapa peringkat:
    1. Peringkat Uji Bakat
      1. Melainkan Zon Sentral dimana 30 kumpulan akan dipilih, di setiap zon di mana sesi uji bakat dijalankan, 10 kumpulan akan dipilih ke peringkat Zon.
      2. Sebelum itu, latihan intensif menerusi bengkel DiGi Live Sekolahku Berbakat akan dijalankan selepas Peringkat Uji Bakat.
      3. Latihan-latihan termasuk tatahias diri, latihan vokal, tip untuk menjadi “Internet Glamer” dan kem bina semangat pasukan akan dilaksanakan di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan kemudian.
      4. Setiap ahli kumpulan wajib menyertai bengkel ini.
    2. Peringkat Zon (Selatan, Sentral, Barat, Utara)
      1. Kumpulan yang terpilih akan bertanding pada peringkat ini dan setiap kumpulan akan menerima markah tersendiri, iaitu >80 Piala Emas; 60-80 Piala Perak; 40-59 Piala Gangsa dan <40 Sijil Galakan.
      2. Dua kumpulan yang menerima markah yang paling tinggi akan bertanding di peringkat Kebangsaan. Untuk Zon Sentral, empat kumpulan yang menerima markah yang paling tinggi akan bertanding di peringkat Kebangsaan.
    3. Peringkat Kebangsaan
      1. Setiap kumpulan yang diterima di peringkat ini wajib menyertai kem bina semangat di tempat dan pada waktu yang akan ditentukan.
      2. Kem yang akan berlangsung 2 hari 1 malam ini akan melibatkan latihan intensif; sesi membina semangat, tip untuk menjadi internet glamer, latihan dan kelas tatahias diri dan juga persembahan di khalayak ramai.
      3. Pada hari ke-2 kem ini, setiap kumpulan perlu membuat persembahan mereka di depan juri dan hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan.
    4. Peringkat “Undian Online Tertinggi ” menerusi DiGi Youths Facebook:
      1. Penyertaan video yang dihantar dari 5 Mac 2012-22 Jun 2012 (tempoh pertandingan) akan dimuat naik ke facebook.com/digiyouths.
      2. Kumpulan lain yang tidak berpeluang menyertai ataupun yang gagal dalam Peringkat Uji Bakat/Zon juga boleh memuat naik video di facebook.com/digiyouths sepanjang tempoh pertandingan.
      3. Hanya tiga kumpulan daripada keseluruhan peserta yang bertanding di bawah kategori (i) dan (ii) di atas akan dipilih untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan berdasarkan jumlah undian terbanyak di laman DiGi Youths Facebook.
      4. Kumpulan-kumpulan pemenang Zon Pusingan Akhir akan hilang kelayakan untuk menjadi pemenang kategori Online secara automatik. Walau bagaimanapun, undian mereka akan terus dikira sehingga mencapai jumlah markah Pusingan Akhir (sila rujuk kepada Klaus 11(a) di bawah mengenai kriteria pengadilan pusingan akhir).
      5. Setiap pengguna Facebook boleh mengundi hanya 5 penyertaan setiap hari.
      6. Keputusan undian bagi setiap penyertaan akan dikemaskinikan secara mingguan di laman Facebook DiGi Youths. DiGi berhak untuk membatalkan sebarang undian yang meragukan.
      7. Penyertaan “Undian Online Tertinggi” bermula daripada 5 Mac 2012-22 Jun 2012 (tempoh pertandingan) dan pihak DiGi akan menghubungi pemenang di DiGi Youths Facebook pada 25 Jun 2012 dan sebarang perubahan tarikh (jika ada) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Masa Persembahan:
  • Peringkat Uji Bakat
  • •Tidak boleh melebihi 3 minit. Tertakluk kepada bilangan kumpulan penyertaan.
  • Peringkat Zon & Kebangsaan
  • •Tidak boleh melebihi 5 minit. Jika terlebih masa, markah akan ditolak.

Kriteria Juri:
  • Setiap persembahan akan diuji dari:
  • Peringkat Uji Bakat dan Peringkat Zon:
  • • Persembahan Keseluruhan (30%)
  • • Kreativiti Persembahan (20%)
  • • Pemakaian (20%)
  • • Koreografi/Vokal (30%)
  • Peringkat Kebangsaan
  • • Persembahan Keseluruhan (30%)
  • • Kreativiti Persembahan (10%)
  • • Pemakaian (10%)
  • • Koreografi/Vokal (20%)
  • • Undian Online (30%)




NJ yang awesome :)



GoodLuck lah sape pon yang join contest nyy !
Hopefully sekolah saya terpilih mase ujibakat ny ! hehe :) 



Okeyy tuh je :) Bye !